Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: MGA bakal usul peruntukan bagi persiapan kem golf negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mga.jpg
"Kami tidak pernah gagal sumbang pingat di temasya Sukan SEA"

Ungkapan itu ditegaskan Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Laksamana (B) Tan Sri Datuk Setia Mohd Anwar Mohd Nor yang agak terkilan apabila MGA ibarat sedikit tempang menjelang temasya Sukan SEA Thailand akhir tahun ini.

Namun, dengan berbaki beberapa bulan sahaja lagi, MGA bakal mengusulkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sediakan sedikit peruntukan buat persiapan pasukan negara ke temasya dwi tahunan itu nanti. 

"Kali ini MGA akan mengusulkan peruntukan untuk persiapan Sukan SEA, kami akan hantar anggaran peruntukan yang perlu untuk mempersiapkan atlet negara untuk bertanding di Sukan SEA nanti.

"Termasuk rancangan untuk membawa masuk seorang jurulatih untuk mengasah pemain Malaysia," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Anwar menyifatkan saingan di Thailand semestinya akan memberikan0 tekanan berbeza kepada pasukan negara. 

Perkara ini selepas Malaysia berjaya tuai emas pada dua edisi lalu dan untuk melakar 'hatrik', ia pasti sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi dijangkakan bakal ada perubahan format sekali gus mencabar kredibiliti pemain negara di Thailand nanti.

"Kita lihat format di Sukan SEA Thailand akan berubah, jika format di Kemboja dan Hanoi lebih cerah rangkul pingat. Kami akan membuat persiapan rapi untuk beri tentangan sengit semasa di Thailand nanti." tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video