RENANG
Sukan SEA Thailand: MAS optimis cabaran perenang muda
Kejayaan empat wakil negara cemerlang mengatasi rekod kebangsaan dalam pusingan ketiga Kejohanan Piala Dunia Renang di Singapura memberi petanda cukup jelas bahawa ada perubahan wajah bakal berlaku di pentas Sukan SEA Thailand yang berlangsung hujung tahun depan.
Jika edisi di Kemboja tahun lalu, amat sukar untuk Malaysia menyerlah, keadaan itu mungkin berubah menjelang saingan dwitahunan di Thailand 2025.
Hal ini diakui sendiri Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low, yang menjelaskan tumpuan emas di kolam renang sudah tidak seratus peratus terarah kepada Khiew Hoe Yean.
Iklan
"Ada nampak hasilnya.
Ada beberapa rekod dipecahkan termasuk Kejohanan Dunia.
"Dan inilah yang kami usahakan ke arah kemajuan atlet hingga mencapai sasaran dalam Sukan SEA Thailand," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Malah, nama-nama seperti Andrew Goh, Dhuha Zulfikry mahupun Chong Xin Lin antara yang dijangka mampu menyerlah.
Andy juga menjangkakan lebih ramai perenang negara akan melepasi hak kelayakan merit ke Sukan SEA berbanding edisi lalu iaitu seramai 18 orang.
"Dengan kemajuan ini, atlet yang terpilih akan melebihi Sukan SEA yang lalu.
"Jurulatih juga yakin atlet akan mencapai keputusan dan catatan masa yang lebih memberangsangkan," katanya.
Must-Watch Video