Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Manshahar harap enam jurulatih baru beri komitmen penuh pacu kegemilangan kem olahraga negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mann.jpg
Era baru olahraga Malaysia secara rasminya bermula 1 Ogos 2025 apabila perlantikan ketua jurulatih olahraga yang baru, Manshahar Abdul Jalil, akan berkuatkuasa menuju Sukan SEA Thailand pada Disember depan.

Manshahar kembali menjadi individu penting olahraga negara selepas turut mengemudi kem negara ke Sukan SEA Hanoi 2022 yang lalu.

Selain manshahar, enam lagi jurulatih baru dilantik Malaysia Athletics (MA) yang menjadi simbolik aspirasi buruan pingat emas di Thailand selepas membawa pulang 11 pingat dari Sukan SEA Kemboja 2023

Semua perlantikan jurulatih olahraga negara menerusi kontrak jangka masa pendek sehingga tamat temasya Sukan SEA Thailand 2025 dengan khidmat mereka bakal dinilai semula menuju Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 nanti.

Kombinasi jurulatih berpengalaman dan muda menjadi taruhan MA bagi mengembalikan zaman kegemilangan olahraga negara di rantau Asia Tenggara.

"Sukan SEA lebih kurang lima dan enam bulan lagi, agak singkat dan hampir. Sudah pasti perancangan terperinci perlu selain bekerja keras dan kembalikan sasaran pingat.

"Saya akan bertemu jurulatih dengan perancangan yang ada untuk menentukan arah tuju Sukan SEA, harapan saya besar agar jurulatih dapat memberikan komitmen sepenuhnya.

"Ini saingan peringkat negara, yang akan menentukan baik dan buruk olahraga. Bagaimana perancangan mereka nanti saya akan nasihat mana yang perlu mahupun tidak, saya percaya dengan Kerjasama junior dan senior satu aspek baik dalam menentukan hala tuju nanti." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video