Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Manshahar galas tanggungjawab besar bimbing skuad olahraga negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manshahar-abdul-jalil.jpg
50 hari yang cukup mendebarkan buat ketua jurulatih baru skuad olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil, dalam memikul tanggungjawab untuk menggembalikan kegemilangan sukan olahraga negara dalam Sukan SEA Thailand pada Disember depan.

Berdasarkan prestasi kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023, kem negara berada di tangga keempat menerusi lima pingat emas, tiga perak dan 11 gangsa.

Ini bermakna, tugas getir menanti Manshahar untuk menyediakan kertas kerja yang komprehensif dan berkesan dalam jangka masa yang singkat bersama tujuh jurulatih yang bakal diumum Olahraga Malaysia (MA) dalam masa terdekat.

Difahamkan, antara jurulatih yang bakal memperkuatkan barisan kejutulatihannya menuju Sukan SEA Thailand ialah Hakimi Ismail (lompat kijang), Robani Hassan (lari berpagar) dan Lo Choong Sieng (jalan kaki).

Manshahar menyedari kepentingan saingan reben biru, iaitu acara 100m dan 200m, selain acara 4x100m sebagai acara tradisi untuk dicabar kem negara.

"Kalau nak bercakap mengenai acara reben biru, ia bukan berdasarkan di atas kertas, ia adalah acara sekelip mata berdasarkan apa yang berlaku ketika itu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Apa-apa sahaja boleh berlaku di antara pelari terbaik dengan peserta yang tidak dijangka.

"Jadi saya rasa ia bukanlah sesuatu ketetapan buat atlet berdasarkan atas kertas kerana ia berdasarkan situasi yang berlaku dalam pertandingan.

"Kita tahu bahawa acara reben biru dikuasai oleh Thailand tetapi Azeem (Fahmi) juga tidak kurang hebatnya.

"Jadi siapa menang siapa kalah kita tentukan dalam Sukan SEA Thailand nanti," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video