Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Laluan darat ke venue Songkhla langkah ideal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

songkhla-sukan-sea.jpg
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin, menegaskan perjalanan darat lebih relevan untuk menghadapi Sukan SEA Thailand bagi kluster Songkhla.

Ada beberapa faktor yang menjurus ke arah keputusan ini yang telah diputuskan ketika Mesyuarat Pengurusan Kontingen Sukan SEA baru-baru ini.

Memandangkan Songkhla lebih dekat dengan Malaysia melalui jalan darat bagi temasya yang bermula 9 Disember depan, pihak MSN melihat jalan darat lebih relevan untuk sembilan sukan yang akan dianjurkan di sana.
"Mereka akan menginap di UUM selama satu malam supaya sampai ke Songkhla dengan lebih segar berbanding laluan biasa yang akan memakan masa yang lebih lama. 

"Perjalanannya memakan masa enam jam dari sini (ibu kota) dan Songkhla selama sejam setengah sahaja. 

"‌Ini memberi masa rehat yang lebih panjang kepada atlet," jelasnya. 

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama msn terus mengekalkan sasaran jumlah pingat tanpa warna bagi mengelak tekanan keterlaluan buat atlit negara.

Pendekatan ini selepas mengambil kira pandangan pakar dan pendekatan itu akan diteruskan demi tidak membebankan wakil negara dalam setiap temasya.

Formula ini telah digunakan dalam Sukan Asia di Hangzhou dan telah diterima baik oleh atlet yang bertanding. 

"Selama ini mereka berasakan hanya yang membawa pingat emas sahaja diraikan kerajaan, pemenang perak dan gangsa juga berasakan mereka adalah penyumbang.

"Kami nak sediakan ekosistem paling ideal untuk atlet yang bertanding (atas saranan) pakar, kata Hannah yang ditemui ketika majlis penajaan 1,000 helai setahun baju latihan buat atlet negara dalam tempoh dua tahun yang dimeterai dengan jenama Pace di Majlis Sukan Negara(MSN), Bukit Jalil, semalam. 
Puma

Laju dengan Puma

Capai prestasi terbaik anda dengan Puma Running Shoes – ringan, selesa dan menyokong setiap langkah.
Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video