"Kita perlu berada dalam dunia mereka"
Berikut merupakan pendekatan yang akan dilakukan oleh olimpian negara, Nazmizan Muhammad, untuk memacu kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Thailand, Disember depan.
Bekas pelari pecut negara itu dilantik sebagai Timbalan Chef De Mission ke temasya dwitahunan itu.
Nazmizan yang juga pemenang pingat emas acara riben biru Sukan SEA Hanoi 2003 itu menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh iltizam.
"Kali pertama bagi tugasan yang besar buat saya, tetapi saya akan buat yang terbaik. Kita perlu berada dalam dunia mereka, zaman telah berubah.
"Kita tidak boleh ambil pendekatan 'semasa zaman saya berlari dahulu', tetapi perlu ubah ke arah zaman mereka kini. Kita perlu bersama-sama untuk membawa kejayaan kepada Malaysia dan mancapai sasaran," katanya.
Kali pertama bertindak sebagai pegawai tertinggi kontinjen, Nazmizan bagaimanapun pernah terlibat dengan dua Sukan SEA sebagai pegawai sebelum ini.
Dia menjadi jurulatih pecut negara di Sukan SEA Singapura 2015 sebelum bertindak sebagai pemerhati untuk sukan yang sama ketika Sukan SEA Kemboja 2023.