Sukan Sea Thailand: Khairulnizam rangka persiapan musim 2025

Najmi Iman
Disember 22, 2024 19:05 MYT
Kekecewaan atlet pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, dalam Sukan Olimpik Paris lalu ditebus dengan gelaran juara ILCA Terbuka Asia, sekali gus menjadi penutup cemerlang bagi musim 2024.
Meskipun memulakan aksi dengan 'false start', tetapi pengalaman dan ketenangan yang dimiliki berjaya mendominasi kelompok hadapan memastikan Jalur Gemilang berkibar di podium tertinggi kejohanan.
"Saya berbangga dengan diri sendiri sepanjang penampilan 2024 ini kerana ia mempengaruhi pelbagai pencapaian dan kedudukan ranking dunia yang baik setakat ini," katanya di Nadi Weekend.
Menjelang musim 2025, Khairulnizam akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan besar di Singapura dalam acara berbeza sebagai persiapan ke Sukan Sea Thailand nanti.
#Pelayaran #Khairulnizam Afendy #Sukan Sea Thailand
;