Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Kem ping pong negara sasar satu emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pingpong.jpg
Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA Thailand, Nurul Huda Abdullah, menegaskan baki dua bulan akan digunakan sebaik mungkin untuk memberi sokongan penuh terhadap persiapan atlet terlibat. 

Dalam tinjauan persediaan atlet negara, Nurul Huda, mengesahkan jumlah atlet pada edisi ke-33 ini merupakan yang tertinggi, melibatkan penyertaan dalam ke semua 50 acara sukan yang dipertandingkan.

"Kami akan menggunakan peluang ini untuk semua lapisan atlet, mahupun pasukan mendapat pendedahan dan memperbaiki ranking," katanya.

Bagi kem ping pong negara, sasaran sekurang-kurangnya satu emas menerusi mana-mana acara adalah bagi memperbaiki pencapaian kutipan tiga pingat perak dan dua gangsa pada 2023.

Juara acara beregu wanita dalam Kejohanan Ping Pong Dunia (WTT) Feeder, Vientiane Tee Ai Xin dan Karen Lyne, menjadi sandaran utama melunaskan misi menamatkan kemarau emas selama lebih tiga dekad di pentas Asia Tenggara (ASEAN).

"Tahun ini, menerusi beberapa kejohanan pemain telah menonjolkan perkembangan terbaik. 

"Ia adalah satu motivasi bagus untuk pemain," kata jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei, di Nadi Arena.
Ping Pong

Dari Latihan Ke Podium

Ping pong paddle ni direka untuk prestasi konsisten — sesuai untuk semua peringkat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video