HOKI

Sukan SEA Thailand: Kem hoki dalam dewan negara hilang khidmat Najmi Farizal, Khaliq Hamirin

Stadium Astro
Saufi Tahir
19/03/2025
09:26 MYT
Sponsor Banner
Sukan SEA Thailand: Kem hoki dalam dewan negara hilang khidmat Najmi Farizal, Khaliq Hamirin
Skuad hoki dalam dewan negara seakan tempang tanpa watak utama dan bakal berdepan misi getir untuk merampas kembali pingat emas di temasya Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
Igauan ngeri tewas kepada Indonesia dalam perlawanan penentuan pingat emas di Kemboja dalam edisi lalu masih lagi terasa.
Malah, kem hoki dalam dewan kehilangan kapten pasukan, Najmi Farizal Jazlan, serta Abdul Khaliq Hamirin yang akan menyertai skuad hoki padang kendalian Sarjit Singh.
Senario ini semestinya bakal memberikan tamparan hebat buat ketua jurulatih, Rodhanizam Mat Radzi yang terpaksa mencatur perancangan baru.
Pingat emas di Sukan SEA Thailand merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) seterusnya buat Rodhanizam selepas menamatkan kempen Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Croatia di tangga kedua tercorot.
"Sebelum ini sebelum ini Sarjit ada memanggil salah seorang pemain kita bersama skuad hoki padang, selepas itu kami mendapat tahun kapten pasukan akan menyertai latihan hoki padang juga.
"Kami sudah melakukan perbincangan dan sudah dapatkan kata sepakat, untuk kami tiada masalah untuk pemain kami dipinjamkan ke hoki padang tetapi bergantung pada situasi kami juga. Kami faham mereka ada aksi penting iaitu Piala Asia untuk mara ke Piala Dunia." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video