KARATE
Sukan SEA Thailand: Karate idam butirkan lima emas
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, menuntut lima pingat emas daripada kontinjen sukan itu dalam Sukan SEA Thailand pada Disember depan.
Sebelum ini, skuad karate negara menyumbangkan empat pingat emas menerusi acara kumite dalam temasya di Kemboja, lantas penambahan satu lagi emas menjadi sasaran utama di Bangkok.
Apatah lagi menerusi inisiatif kem latihan luar negara yang bakal dijalani skuad karate negara tahun ini dengan fokus utama bukanlah temasya rantau ini sahaja kerana misi sebenar adalah Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Iklan
"Peluang untuk atlet pelapis memang ada. Kami akan kemukakan 40 peratus muka baru.
"Kami telah kenal pasti calonnya menerusi kejohanan AKF (Persekutuan Karate Asia) dan WKF (Persekutuan Karate Dunia). Walaupun kalah dalam pusingan ketiga-keempat kejohanan bertaraf WKF, tapi di peringkat Sukan SEA, ada peluang terbaik untuk mereka.

"Kami terpaksa beri pendedahan kepada mereka dalam masa enam bulan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, Azmi menyifatkan akan ada lebih ramai karate muda yang bakal mendapat tempat dalam Program Podium.
Kehilangan atlet antaranya Arif Afifuddin dan R. Sharmendran merupakan petanda bahawa perlu ada peralihan yang lancar dalam skuad karate negara.
"Kami sudah kenal pasti 3-4 orang atlet muda untuk Program Podium," katanya lagi.
Must-Watch Video