Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand  jadi keutamaan Dhuha Zulfikry

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhuha-zulfikry.jpg
Perenang kebangsaan, Dhuha Zulfikry, memilih Sukan SEA Thailand berbanding menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, dia menjelaskan ia merupakan keputusan sukar tetapi mengakui sukan renang merupakan sesuatu yang sebati dengan dirinya dan mendambakan untuk terus memberi pingat emas buat kontinjen kebangsaan.

Dia menamatkan saingan di tangga kedua dengan catatan 1 minit 51.82 saat dalam Kejohanan Malaysia Invitational Age Group 200 meter gaya bebas lelaki kategori 16 tahun ke atas.

"Saya teruja untuk menyertai Sukan SEA. Kami berpeluang untuk menang acara rampaian 4x200m tetapi saya akan cuba terbaik untuk terpilih. 

"Untuk itu, kami perlu memenuhi beberapa kriteria seperti (cemerlang dalam) Terbuka Malaysia terlebih dahulu," katanya. 

Sementara itu, Steve Khiew, menjelaskan prestasinya dalam kejohanan itu merupakan medan pemanas badan menghadapi temasya Thailand, Disember tahun ini.

Dia memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki dengan catatan masa 1 minit 50.49 saat untuk meninggal Dhuha dengan perbezaan 0.133 saat.

"Saya harap dapat ulangi pencapaian. Mungkin lebih banyak emas lagi disumbangkan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video