Susulan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Lebuhraya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Azman Abu Samah di atas isu kekangan bajet skuad berbasikal lebuhraya negara hingga mungkin menjejaskan kemampuan kem negara meraih pingat di Sukan SEA Thailand nanti.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, menegaskan bahawa isu berkenaan 'tidak patut ada'dan wujud selepas sebahagaian daripada peruntukan telah disalurkan bagi tujuan persiapan.
Begitupun, Jefri berkongsikan bahawa sekiranya terdapat masalah dari PKBM, maka pihak MSN terbuka untuk berbincang bersama.
Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keperluan skuad lebuhraya negara dalam misi membutir emas di Thailand nanti
"Pihak MSN telah salurkan sebahagian daripada peruntukan RM300,000 yang diluluskan kepada PKBM untuk persiapan, sepatutnya tidak timbul isu persiapan tidak dilakukan dengan baik. Ia tanggungjawab PKBM untuk pilih pasukan terbaik untuk wakili negara ke Sukan SEA nanti.
"Kita telah adakah perbincangan beberapa kali, cadangan itu tidak patut timbul kerana persetujuan awal telah dilakukan untuk salur peruntukan kepada PKBM selaku bertangunggjawab kan pasukan berbasikal lebuh raya." katanya.