Skip to main content

Permotoran

Sukan SEA Thailand: Imbuhan menanti atlet tinju pecah kebuntuan butirkan pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tinju.jpg
Presiden Persekutuan Tinju Malaysia, Datuk Iruan Zulkefli, menjanjikan habuan lumayan dari badan induk itu kepada mana-mana petinju negara yang berjaya memecahkan kebuntuan pingat emas di temasya Sukan SEA Thailand nanti.

Untuk rekod, kali terakhir kilauan pingat itu hadir menerusi Muhammad Fuad Mohd Redzuan pada 2017.

Dengan sasaran sekurang-kurangnya meraih satu emas di Thailand, Iruan berharap edisi kali ini bakal menghentikan penantian tujuh tahun negara untuk melihat kilauan emas menjadi milik negara.

"Setiap atlet yang mewakili negara yang akan mendapat habuan tetapi daripada segi persatuan juga akan memberikan habuan.

"Selepas menang pingat emas sahaja, turun gelanggang kami terus beri habuan dan tidak tunggu lama untuk memberikan semangat buat atlet.

"Kami akan beri habuan wang ringgit, jumlah itu rahsia. Tetapi berbaloi untuk meningkatkan semangat atlet." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video