Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Hoe Yan lebih tenang nikmati penyertaan keempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khoe-hoe-yean.jpg
"Saya cuma kawal apa yang saya terdaya", demikian kata olimpian negara, Khiew Hoe Yan, menjawab mengenai perjuangannya dalam mendapatkan pingat emas di Thailand.

Sudah pun mengutip dua pingat emas, lima perak dan lima gangsa sepanjang penyertaannya ke temasya itu, Hoe Yan menjanjikan aksi terbaik dengan emas hanyalah bonus.

"Saya mahu memenangi medal demi negara tanpa mengira sebarang kilauannya pun. 

"Saya akan berikan yang terbaik, saya kawal apa yang dalam kawalan iaitu berikan yang terbaik. 

"Takdir yang menentukan kilauan medalnya. Tugas saya adalah berenang dan perlu berikan aksi yang baik. 

"Hanya itu fokus saya sahaja," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Hoe Yan yang bakal buat penampilan keempatnya dalam Sukan SEA ingin lebih menikmati perjalanan edisi kali ini dengan keterujaan untuk bersaing dengan perenang-perenang hebat di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Huamark kelak. 

"Tujuannya adalah menjadikan berenang ini (aktiviti) yang menyeronokkan. 

"Saingan di Asia Tenggara sebenarnya agak menyeronokkan, khususnya di peringkat umur saya.

"Nguyen Huy Hoang (atlet Vietnam) merupakan perenang yang bagus. Dia juga bertanding dalam 400m gaya bebas.

"Kami sering bersaing sejak 2019 dan ia sesuatu yang mengujakan," katanya. 


 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video