SUKAN SEA
Sukan SEA Thailand: Elvis Priestley berdepan cabaran rebut slot 3m papan anjal
Penerjun negara, Elvis Priestley, sedia mencuba nasib dalam acara 3 meter papan anjal dalam Sukan SEA Thailand 2025.
Ini berikutan acara 10 meter platform tidak dipertandingkan kali ini, sekali gus menyukarkan hasrat Priestley untuk membawa pulang kilauan pingat emas.
"Bezanya 10m platform memerlukan lebih kekuatan untuk melompat.
Iklan
"Saya perlu naikkan darjah kesukaran kerana pada ketika ini tahap saya adalah bawah 3.5," katanya.
Pemilik dua emas di Sukan Malaysia (Sukma) itu juga kini dalam persediaan menaikkan nilai darjah kesukaran bagi menyaingi rakan senegara yang lain.
Berikutan perebutan dua slot melibatkan lima penerjun, ia membuatkan Priestley enggan meletak beban di bahunya apatah lagi perlu bersaing dengan nama-nama seperti Bertrand Rhodic serta Enrique Harold yang disifatkan sebagai lebih berpengalaman di pentas tertinggi.
"Persaingan memang sengit.
"Saya perlu lebih bekerja keras berbanding penerjun lain yang berpengalaman. Enrique Harold (misalnya) yang sudah menyertai Sukan SEA, Sukan Asia, Piala Dunia dan Kejohanan Dunia jika dibandingkan dengan saya yang sekadar menyertai Sukma," katanya di Nadi Arena.
Must-Watch Video