Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Atlet lompat jauh negara kini Raja Asia Tenggara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre.jpg
Selepas kejayaan meraih pingat gangsa dalam Jelajah Benua Olahraga Dunia 17 Ogos lalu, Andre Anura Anuar sekali lagi membuktikan dirinya nyata berada di kelas tersendiri dengan memperbaharui rekod dalam Terbuka Malaysia menerusi lompatan sejauh 7.78 meter (m) untuk meraih pingat emas.

Catatan itu meletakkan jurang 0.19m dengan pencabar terdekatnya, Datuk Latif Romly dan, sekali gus mengangkat dirinya untuk menghuni kedudukan ranking nombor satu di Asia Tenggara ketika ini. 

Mengulas lanjut mengenai prestasi dirinya, atlet lompat jauh negara itu menyifatkan pencapaiannya musim ini menunjukkan satu tanda positif menjelang Sukan SEA Thailand yang akan membuka tirai Disember depan.

Di sebalik beberapa isu kecederaan yang membelenggu diri, dia mampu menidakkan cabaran itu untuk memastikan prestasinya seiring dengan misi getirnya musim ini. 

"Saya berada di landasan terbaik. 

"Saya harap saya dapat memperbaiki beberapa kesilapan sebelum menghadapi kejohanan dwitahunan," katanya di Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video