Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Atlet lempar cakera negara mohon jadual lebih sistematik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atlet-lempar-cakera-negara,-atiqah-sufiah-hanizam.jpg
Atlet lempar cakera negara, Atiqah Sufiah Hanizam, membuat kemunculan semula dalam sesi latihan hari ini selepas dihimpit episod kecederaan lutut -- tahap dua 'lateral femoral chondral' -- yang memaksanya berehat daripada menyertai sebarang kejohanan bermula di pertengahan 2024.

Dia dilihat semakin selesa ketika turun berlatih dengan meletakkan fokus utamanya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia dan Sukan SEA dengan lemparan sejauh 50 meter, sekali gus memasang misi memecah rekod peribadi terbaiknya hujung tahun ini.

"Sasaran utama saya dalam tempoh dua tahun ini adalah untuk mencapai lemparan sejauh 50m, iaitu ketika Sukan SEA.

"Saya mahu melakukan dalam Terbuka Malaysia dan satu lagi rekod peribadi dalam Sukan SEA, seterusnya memenangi pingat temasya," katanya. 

Mengulas mengenai harapan mengenai kepimpinan baharu Olahraga Malaysia (MA) Atiqah mengharapkan jadual kejohanan disediakan lebih tersusun bagi memudahkan atlet dan jurulatih menyusun jadual persiapan dan kejohanan. 

"Kami perlukan jadual yang sistemik, untuk susun strategi untuk kejohanan dan persiapan," katanya.  

Menurut jurulatihnya pula, Mohamad Ali Hamid: "Saya menaruh harap wakil di peringkat negeri agar memilih pemimpin yang berwibawa yang dapat membawa kita yang lebih tinggi, bersama-sama menjayakan sukan olahraga asprirasi negara.

"Tingkatkan mutu, jaga kebajikan atlet, hidupkan ekosistem sukan supaya semua pemegang taruh sama-sama gembira."
 

Advertisement

Must Watch Video