Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Arif Farhan optimis gandingan baru kem memanah negara mampu bidik emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-dfarhan.jpg
Jurulatih memanah negara, Arif Farhan, optimis skuad recurve lelaki mampu membidik tiga pingat terbaik di temasya Sukan SEA 2025 pada Disember nanti.

Walaupun dibarisi ramai muka baru, dia yakin keupayaan anak buahnya mampu memberikan saingan sengit dan kekal di pentas tertinggi.

"Kami ada masa kurang beberapa bulan sebelum Sukan SEA, ini adalah pasukan baru dan semuanya pertama kali beraksi. Kami harap mereka dapat kurangkan tekanan dan rangkul pingat dalam kategori berpasukan dan individu," katanya.

Antara sandaran negara termasuk atlet podium iaitu Syafiq Bustamin yang baru berusia 21 tahun dari Tawau, Sabah. 

Syafiq akan digandingkan dengan Haikal Danish, Evan Rich Chong, serta Quik Chern Xin, dengan mereka diharapkan mampu melunaskan misi utama membawa pulang pingat emas buat kontinjen negara.

"Lihat daripada proses latihan kami, harapan itu ada. Pingat emas boleh dapat. Kami ada keserasian." tambah Syafiq.

Untuk rekod, acara memanah tidak dianjurkan di Sukan SEA Kemboja tetapi kontinjen negara masih belum gagal meraih emas dalam empat edisi terakhir di mana sukan itu dipertandingkan.

Advertisement

Must Watch Video