Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Aniq Kasdan sasar angkatan 300kg cabar emas tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aniq-kasdan.jpg
Jaguh skuad angkat berat negara, Aniq Kasdan, mahu melunaskan misi yang belum selesai dalam Sukan SEA. 

Penglibatan pertamanya sejak edisi 2019 di Filipina menyaksikan olimpian negara itu menamatkan saingan bawah 55 kilogram di tempat kelima.

Aniq kemudiannya menduduki kedudukan podium di Vietnam -- tiga tahun selepas itu, dengan membawa pulang pingat gangsa.

Bagaimanapun, atlet berusia 23 tahun itu tidak menyertai dalam Sukan SEA Kemboja 2023 atas dasar komitmen penuh terhadap kelayakan Sukan Olimpik Paris.

Sekembalinya ke temasya dwitahunan tersebut membawa harapan emas temasya di Thailand yang bermula 9 Disember depan itu, satu kilauan medal yang belum ada dalam koleksi peribadinya.

Atas dasar itu, badang negara terbabit sedia berentap dengan atlet tuan rumah, Theerapong Silachai.

Juara dunia 2022 itu melakukan magis tersendiri dalam Sukan Olimpik Paris lalu apabila meraih perak kategori B-61 kg.

"Saya jangkakan perlu melakukan angkatan keseluruhan 300kg kerana dalam Kejohanan Dunia (di Norway awal bulan ini), Theerapong telah melakukan 299kg.

"Saya baru pulih daripada kecederaan tendon bahu kanan, ia menjadi satu tugas yang agak berat buat saya. 

"Sudah lama saya tidak memenangi emas dan saya mahu cuba dapatkannya," katanya. 

Aniq memegang rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 269kg.


 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video