Jurulatih lompat jauh negara, Ahmad Firdaus Salim, memuji pencapaian membanggakan jaguh lompat jauh negara, Andre Anura, membawa pulang pingat gangsa dalam Jelajah Benua Olahraga Dunia di Usbekistan, semalam.
Kejayaan hasil lompatan sejauh 7.70m (meter) di Tashkent itu juga menyaksikan Andre meraih slot kelayakan untuk bertanding di temasya Sukan SEA Thailand hujung tahun ini, dalam kategori A.
Menurut Firdaus, dia berpuas hati dengan prestasi ditampilkan Andre namun konsistensi lompatan atlet berusia 25 tahun itu ditagih ekoran masih terdapat beberapa lompatan yang dibatalkan dalam kejohanan itu.
Selain Andre, atlet lompat jauh kelahiran Pulau Pinang, Tan Zhi Hang, juga berjaya tersenarai dalam slot temasya sukan dwi tahunan itu menerusi kelayakan secara merit.
"Prestasi dia seperti yang kami jangkakan, cuma persediaan belum cukup. Dengan cara lompatan sekarang ini, perlu perbaiki di Terbuka Malaysia nanti untuk meraih keputusan yang sama atau lebih baik lagi.
"Ada dua lompatan yang melebihi 8.00 meter tetapi batal, untuk persediaan ke Thailand rancangan kami untuk buat lompatan jauh dan kijang serta lakukan yang terbaik." katanya.
Rebut Sekarang

Sedia Bergerak, Sedia Bertenaga
Kasut sukan yang tahan lasak & fleksibel, sesuai untuk jogging, training, atau acara padang.
Rebut Sekarang