Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Thailand: Ada gembira, ada segan -- Hafizul Hayazi teruja latihan bersama skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw.jpg
Perejam Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi Adnan, mengakui teruja dapat kembali menyertai kem sepak takraw negara selepas dua tahun tidak bersama skuad kendalian Ahmad Jais Baharun berkenaan.

Hafizul atau mesra disapa John yang berdepan kekangan pelepasan majikan sebelum ini, memberi jaminan dia tidak akan mensia-siakan peluang demi membantu skuad kebangsaan terutamanya dalam temasya Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini.

Jelasnya, fokusnya kini adalah untuk mendapatkan semula momentum dan persefahaman bersama rakan sepasukan di samping memperbaiki teknik libasan.

Untuk rekod, kali terakhir pemenang CelcomDigi Champions Cup itu menyarung jersi negara ialah ketika Sukan SEA 2023 di Kemboja yang turut menyaksikan tonggak berusia 30 tahun itu memikul tanggungjawab selaku kapten pasukan.

"Perasaan bercampur baur. Ada gembira dan ada juga segan sebab sudah lama tidak bersama skuad kebangsaan. 




"Perasaan rindu itu memang ada.

"Umur semakin meningkat, jadi saya perlu cepat mencari keserasian bersama rakan-rakan..

"Saya harap dapat membantu pasukan negara dan beraksi dengan cemerlang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. 
Takraw

Dari Latihan Ke Aksi Sebenar

Kasut takraw berkualiti untuk kawalan & lompatan lebih stabil.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video