Atlet renang lelaki negara, Daniel Bego, memuji aksi barisan perenang muda dalam saingan Terbuka Malaysia setakat ini ddengan kepercayaan mereka bakal menjadi pelapis terbaik untuk negara, pada masa akan datang.
Daniel selaku perenang paling senior ketika ini menganggap kehadiran pelapis muda adalah tepat pada pada masanya, apatah lagi dia sendiri bakal bersara sejurus tamat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 19 hingga 30 Ogos depan.
Atlet seperti Chan Jie, Tiaa Faang Der, Keith Lim dan juga Welson Sim semakin mengukir nama dalam sukan renang dan mereka diharap mampu membawa perubahan lebih positif dalam mengharumkan nama negara, khususnya dalam Sukan SEA nanti.
Apa yang pasti, dia tidak kecewa jika namanya semakin tenggelam ekoran beberapa atlet muda berkenaan mampu menjelmakan usaha berterusan demi negara.
"Saya juga berlatih bersama atlet muda ini dan saya mendapati mereka sememangnya layak untuk menyertai Sukan SEA.
"Untuk itu, masa depan sukan renang di Malaysia tampak cerah," katanya.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 itu masih belum meraih sebarang pingat pada hari ketiga kejohanan Terbuka Malaysia itu.
Bagaimanapun, dia tidak kecewa kerana pencapaian dalam saingan itu adalah yang terbaik untuknya sendiri setakat ini.
"Aksi 100 meter dan 400m gaya bebas yang saya sertai dalam dua kejohanan baru-baru ini adalah catatan terbaik saya dalam tempoh dua tahun ini.
"Ini kerana saya lebih banyak menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak banyak terlibat dengan aktiviti berenang.
"Justeru, saya agak gembira dengan pencapaian ketika ini."