Kekecewaan dua tahun lalu ingin ditebus skuad ragbi tujuh sepasukan wanita negara, apatah lagi persiapan untuk menghadapi Sukan SEA kali ini lebih mantap.
Edisi 2015 di Singapura menyaksikan mereka sekadar menduduki tempat keempat dan jurulatih, Nik Safuan Ismade Nik Mat, tidak mahu pencapaian sama berulang, apatah lagi harapan lebih tinggi digalas skuad kendaliannya.
"Peningkatan di dalam prestasi menyaksikan mereka sudah bersedia untuk beraksi dalam Sukan SEA. Sasaran untuk meraih pingat gangsa mampu dicapai," kata Nik Safuan.
Seramai 12 pemain menjadi taruhan Malaysia dan berbeza dengan edisi terdahulu, skuad kali ini dibarisi ramai muka baru.
Begitupun, pengalaman beberapa tonggak lama masih lagi menjadi sandaran, antaranya kapten pasukan, Nor Masyirah Zahari.
Skuad ragbi lelaki dan wanita akan melaungkan cabaran selaku kuasa besar di rantau ini, terutama skuad lelaki dalam Sukan SEA pada 19 dan 20 Ogos di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.