Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad ragbi tujuh sebelah tidak sertai Pra-Sukan SEA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi-malaysia.jpg
Ragbi Malaysia mengesahkan bahawa dua wakil negara, skuad tujuh sepasukan lelaki dan wanita tidak akan turut serta dalam kejohanan Pra-Sukan SEA yang dijadualkan pada 15 Julai ini.

Jika mengikut pelan asal, Pra-Sukan SEA seharusnya berlangsung bulan lalu.

Bagaimanapun, ia ditunda ke bulan ini, lantas memberi kesukaran buat negara lain untuk menghantar skuad utama kerana sudah mempunyai perancangan lain.

Senario itu turut mengganggu skuad ragbi negara untuk menggunakan kejohanan tersebut sebagai medan menilai pemain lawan yang tidak dapat dilaksanakan.

"Pra-Sukan SEA ini pada awalnya untuk kami menguji sistem yang akan kami gunakan semasa Sukan SEA nanti, terutama dalam aspek mengurus perlawanan daripada peringkat awal sehingga ke final," ujar Pengurus Besar Ragbi Malaysia, Mazuri Sallehudin..

Bagi penggendali skuad ragbi tujuh sepasukan lelaki, Saizul Hafifi, dia tidak terkesan dengan keputusan itu kerana ia telah diputuskan bersama semua pihak.

Tanpa kejohanan Pra-Sukan SEA, skuad lelaki kini akan bergantung kepada beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab tempatan.

"Perancangan kami sebenarnya ada program untuk melaksanakan aksi persahabatan bersama kelab tempatan," ujar Saizul.

Advertisement

Must Watch Video