Skuad ragbi wanita 7s negara menerima sentuhan baru apabila legenda Fiji, Tomasi Camaneisenirosi, bakal tiba Isnin ini bagi membantu mempersiapkan skuad kebangsaan menjelang Sukan SEA Filipina, 30 November depan.
Sebelum ini, skuad ragbi wanita 7s hanya dalam perancangan untuk mendapatkan khidmat Camaneisenirosi.
Bagaimanapun, jurulatih skuad ragbi wanita 7s, Nik Safuan Ismade Nik Man, mengesahkan legenda Fiji itu akan tiba Isnin ini dengan fokus memantapkan bahagian pertahanan skuad kebangsaan.
"Kami akan cuba memberikan tumpuan kepada sistem pertahanan pasukan. Kehadiran Camaneisenirosi merupakan seseorang yang memiliki pengalaman luas selepas membantu skuad Fiji sebelum ini," katanya.
Nik Safuan yakin skuad kendaliannya mampu melangkah sehingga ke final temasya dwi-tahunan itu apabila menerima sentuhan bekas pemain Fiji yang beraksi selama sedekad bersama negaranya itu.
"Harapan kami adalah melangkah ke final. Berdasarkan persembahan skuad kebangsaan beraksi dalam kejohanan sebelum ini, mereka menampilkan peningkatan di luar jangkaan saya."
Ujian pertama buat Camaneisenirosi adalah untuk membuktikan sentuhannya dalam Kejohanan Ragbi Siri 7s Wanita bulan depan yang akan menyaksikan Malaysia menentang tujuh negara, antaranya Jepun dan Hong Kong.