Skuad polo air lelaki Malaysia tumpas 3-4 di tangan Indonesia dalam aksi pertama kempen Sukan SEA Ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, KL Sports City, Bukit Jalil, pagi ini.
Skuad bimbingan Voon Yong Hui itu meraih jaringan menerusi Mohd Irshad Syahir pada suku pertama sebelum Fam Jia Yi menyumbang dua gol masing-masing pada suku kedua dan ketiga.
Empat gol Indonesia pula dijaringkan oleh Delvin Felliciano (s1), Ridjkie Mulia (s2, s3) dan Yusuf Budiman (s3).
"Mereka bermain baik. Ini adalah perlawanan pertama buat sebahagian besar pemain. Kami bermain dengan Indonesia yang memenangi pingat perak dalam Sukan SEA sebelum ini," kata Yong Hui.
Kali terakhir wakil Malaysia meraih pingat dalam polo air ialah menerusi pasukan wanita dalam Sukan SEA Indonesia 2011 yang membawa pulang gangsa.
Bagi pasukan lelaki pula, kali terakhir mereka menjejakkan kaki di atas podium ialah pada edisi 2005 di Manila, juga dengan kilauan gangsa.
Untuk rekod, Malaysia belum pernah memenangi emas dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita sejak acara polo air diperkenalkan pada edisi 1965 di Kuala Lumpur.