Berbaki kurang sebulan sebelum Sukan SEA 2023 buka tirainya, skuad golf berpasukan lelaki dan wanita negara berkemungkinan tidak dapat berkumpul bersama untuk menjalani latihan pusat kerana sebahagian besar para pemainnya masing-masing berada di luar negara.
Bagaimanapun, faktor itu tidak menghalang Persatuan Golf Malaysia (MGA) meletakkan sasaran satu emas bagi saingan individu lelaki kepada Malcom Ting, manakala gangsa kepada berpasukan wanita.
"Kami akan menyenaraikan tujuh atlet, dua daripada mereka telah beraksi di Hanoi dan selebihnya akan mendapatkan pengalaman pertama di Kemboja," kata jurulatih, Shairul Erwin Samsudin.
"Mereka berlatih bersama jurulatih masing-masing buat masa ini, bagi latihan pusat akan lakukan pada fasa terakhir dan menjalani kejohanan ujian sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA nanti."
Sementara itu, pemain golf remaja kebangsaan, Hariz Hezri, berharap dapat melakukan yang terbaik memandangkan ini adalah kali pertamanya beraksi di temasya sukan itu.
Persiapan selama hanya dua bulan dan tiada kejohanan besar disertainya tidak menjadikan alasan untuk dia beraksi dengan cemerlang walaupun lebih singkat berbanding rakan sepasukannya yang lain.