Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Skuad bola tampar pantai negara jalani persiapan di Singapura, Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-tampar-pantai.jpg
Skuad bola tampar pantai negara tidak meletakkan sasaran pingat di Kemboja, namun mahu memperbaiki rekod Sukan SEA edisi lalu dengan menyertai dua kejohanan di Singapura dan Thailand sebagai persiapan.

Walaupun berjaya memenangi Kejohanan Terbuka Singapura bulan lalu, ketua jurulatih, Syariful Anwar, enggan menjadikan pencapaian itu sebagai pengukur tahap kebersediaan skuad bimbingannya di Sukan SEA nanti.

"Kemenangan di Singapura itu hanya sekadar aksi pemanas badan kerana pasukan utama yang beraksi di Sukan SEA tidak membuat penampilan di sana," katanya.

Sementara itu, Muhammad Ilham Adili berasakan kejohanan di Thailand nanti menjanjikan saingan lebih sengit dengan penyertaan daripada pesaing terhebat seperti Australia, Jepun dan China.

"Persiapan kami berjalan dengan lancar. Kami akan ke Thailand selepas ini, ia adalah ujian yang lebih baik kerana beberapa pasukan yang beraksi dalam Sukan SEA akan mengambil bahagian."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video