Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Skuad berpasukan badminton Malaysia mara ke final

malaysia-badminton.jpg
Skuad badminton lelaki negara berjaya mara ke aksi final selepas menewaskan juara edisi 2021, Thailand 3-2 sebentar tadi.

Dalam aksi pertama, perseorangan negara, Leong Jun Hao melangkau jangkaan ramai apabila mengalahkan ranking ke-34 dunia, Sitthikom Thammasin 21-13, 18-21, 21-10.

Jun Hao berkongsi bahawa kunci kemenangan tersebut adalah disebabkan taktikal perlawanan iaitu mengawal permainan di jaring.

Momentum kemenangan tersebut diteruskan gandingan negara, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe, apabila menewaskan Pakkapon Teeratsakul 21-16, 14-12, 21-15.

Namun pasukan Thailand menyamakan kedudukan dengan memenangi aksi perseorangan kedua serta aksi beregu kedua.

Memasuki babak akhir perlawanan wakil negara, Jacky Kok tampil dengan penuh yakin sekaligus meraih mata kemenangan buat Malaysia dengan keputusan 21-12, 21-13.
.
"Saya sangat teruja dengan kemenangan ini. Saya dapat berasakan tekanan ini namun ia cukup gembira dan kami akan membuat persiapan untuk perlawanan final," kata Jacky.

"Terdapat beberapa perkara juga saya perlu perbaiki ketika beraksi untuk meningkatkan lagi tahap permainan pada masa akan datang."

Advertisement

Must Watch Video