Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akur apabila terpaksa memberi laluan kepada jaguh dalam pembikinan, Muhammad Shariz Effendi Mohd Sharin, untuk mengiringi Azizulhasni Awang dalam acara keirin Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Shah Firdaus, yang baru menamatkan program latihan di Melbourne, Australia akan beraksi dalam acara pecut individu dan 1km ujian masa.
Ia situasi janggal kerana dia dianggap pengganti terbaik Azizulhasni.
Shah Firdaus menerima keputusan itu dengan terbuka, malah menganggap ia sebagai cabaran baru.
"Sekarang ini untuk keirin kita ada Azizul, fokus kepadanya tetapi pelumba sokongan adalah Shariz. Saya lihat Shariz boleh untuk menewaskan pelumba negara lain. Tiada masalah," katanya.
Shariz dipilih mengiringi Azizulhasni dalam keirin berdasarkan potensinya.
Pelumba berusia 20 tahun itu meraih pingat gangsa keirin dalam Piala Asia di Bangkok, Thailand, tahun lalu.
Sementara itu, Shah Firdaus tetap yakin menyumbang dua emas walaupun dianggap pendatang baru dalam acara 1km ujian masa.
"Berdasarkan latihan yang dilakukan, saya yakin dapat meraih emas dalam acara itu. Saya harap tiada masalah, insya-Allah," katanya.