Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menyifatkan persiapan skuad olahraga negara amat memberangsangkan dan percaya mereka mampu memberikan impak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti.
Kurang 14 hari menjelang Sukan SEA bermula secara rasmi, kontinjen Malaysia giat mempersiapkan diri dalam usaha mengulangi kejayaan 16 tahun sebagai juara keseluruhan temasya terbesar rantau Asia Tenggara ini.
Pencapaian atlet-atlet olahraga negara seperti memberikan gambaran bahawa mereka bakal mencipta kejayaan yang akan mengangkat nama negara.
"Bagi MSN, kami berpuas hati dengan skuad olahraga berbanding dengan pencapaian mereka sebelum ini.
"Terutama sekali dalam acara pecut, kami sangat teruja dengan semangat mereka dan berharap impak dapat dilakukan dengan lebih besar dalam Sukan SEA," kata Shapawi.
Setakat ini, pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, berjaya memecah rekod 200 meter dengan catatan 20.90 saat bagi memadamkan rekod 49 tahun milik Tan Sri M. Jegathesan, 20.92s.
Atlet kelahiran Melaka itu juga adalah pemegang rekod 100m, 10.18s, yang dicipta dalam Sukan Malaysia 2016 di Sarawak.
Shapawi menyifatkan prestasi yang dipamerkan oleh Khairul Hafiz itu mampu membantunya bergelar raja pecut Sukan SEA.
"Peningkatkan dalam prestasi Khairul Hafiz sejak tahun lalu amat menakjubkan. Tidak mustahil dia mampu dinobat sebagai raja pecut. Tidak terlupa kepada Zaidatul Husniah (Zulkifli) yang berupaya memberikan saingan dalam acara 100m wanita."