Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Rifdean, Aliff dijangka jadi sandaran utama Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rifdean-aliff.jpg
'Yang terbaik bakal gegar Thailand', itu mungkin ungkapan terbaik buat skuad muay thai negara yang membariskan barisan bintang dalam menghadapi Sukan SEA 2025.

Nama atlet One Championship seperti Rifdean Masdor dan Aliff Rakib akan menjadi sandaran utama negara di Thailand nanti.

Yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma apabila nama besar dalam arena muay thai negara, Rifdean dan Aliff antara nama yang tersenarai untuk ke Sukan SEA dalam Kategori A.

Bagi Presiden Muay Thai Malaysia, Datuk Muhammad Shahnaz Azmi, pemilihan mereka berdasarkan pencapaian di Kejuaraan Dunia IFMA dan juga kecemerlangan di ONE Championship itu sendiri.

"Ia terpulang kepada pengurusan ONE Championship. Kami akan menghantar permohonan bagi membenarkan mereka bertanding sebaliknya jika bertindih mungkin kami tidak akan dapat membawa mereka bertanding di Sukan SEA," katanya menerusi Nadi Arena.

Sementara itu, adik kepada Johan Ghazali, iaitu Muhammad Mikail Ghazali (Miki) dan juga bintang BYON, Ammarul Shafiq juga tersenarai dalam barisan yang akan berjuang di Thailand dalam kategori B.

Ini juga salah satu langkah dalam mempersiapkan pasukan muay thai negara untuk Sukan SEA Malaysia 2027.

"Sasaran utama kami adalah memastikan mereka membuat persiapan yang rapi bagi Sukan SEA KL 2027. Jadi bertanding di Sukan SEA Thailand ini ia akan menjadi pengalaman terbaik beraksi di temasya sekaligus mencapai sasaran utama di Kuala Lumpur nanti."

Advertisement

Must Watch Video