SUKAN SEA

Sukan SEA: Prestasi cemerlang Imran Daniel beri impak positif buat skuad tenis negara

Ammar Hakim 16/03/2022 | 08:33 MYT
Kejayaan pemain tenis negara, Imran Daniel Hazli, memberi impak positif buat skuad negara yang ketika ini dalam persiapan akhir ke Sukan SEA Vietnam.
Imran muncul juara Jelajah Tenis Remaja Dunia ITF Isnin lalu dan dijadualkan berguru di Thailand sebelum berangkat ke Vietnam sebagai persiapan fasa akhir sebelum menghadapi temasya dwitahunan itu.
Bagi ketua jurulatih tenis negara, Abdul Hazli Zainuddin, Imran memiliki potensi besar sambil mengakui bekas juara dunia B-11 tahun itu belum tiba masanya untuk mencabar kilauan pingat di Vietnam.
"Karier Imran berada di landasan tepat, selepas pulih daripada kecederaan, dia menampilkan aksi yang cemerlang dan kini dalam kalangan dua pemain terbaik kebangsaan," katanya.
"Kami mahu terus memperkembangkan pengalaman mereka dalam saingan Sukan SEA Vietnam nanti dengan sasaran utama diletakkan untuk memenangi pingat emas bagi edisi 2025."
;