Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Pesilat negara terpaksa lupakan Hari Raya Aidilfitri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

070617silatnegara.jpg
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) menuntut pengorbanan pesilat negara untuk melupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini demi memastikan sasaran emas
dalam Sukan SEA Kuala Lumpur mampu diraih.


Menurut Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, pesilat negara akan mengadakan latihan fasa akhir di Gunung Dalat, Vietnam dari 19 Jun hingga 9 Julai.

Latihan itu bertujuan untuk memastikan pesilat negara bersedia daripada segi mental dan fizikal menghadapi saingan Sukan SEA di laman sendiri.

"Semua pesilat tidak akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Mereka akan meneruskan latihan di Vietnam bermula 19 Jun ini," kata Megat Zulkarnain.

Berbeza dengan persatuan sukan kebangsaan lain, PESAKA berani mengumumkan sasaran mereka dalam Sukan SEA kali ini.

Lapan emas, empat perak dan enam gangsa adalah sasaran PESAKA untuk temasya dwitahunan itu.

PESAKA menyenaraikan seramai 27 pesilat ke Sukan SEA Kuala Lumpur dengan penyertaan dalam 20 acara saingan lelaki dan wanita.

"Kami terpaksa mengambil risiko dengan menamakan atlet yang bakal beraksi dalam Sukan SEA. Kami tidak mahu memberikan bayangan dan janji yang terlalu tinggi tetapi sasaran lapan pingat emas adalah realistik."

Advertisement

Must Watch Video