Chef-de-mission kontinjen negara ke Sukan SEA, Datuk Marina Chin, menasihatkan orang ramai agar membeli tiket temasya itu lebih awal atau mereka berdepan risiko menjadi mangsa penjualan tiket haram yang jauh lebih mahal.
Kebimbangan Marina berasas selepas pihaknya berjaya mengesan penjualan tiket haram dengan ia dijual lebih mahal berbanding harga asal RM20.
Tiket beberapa acara seperti bola jaring dan final bola keranjang pula sudah habis dijual, sekali gus menyebabkan peminat berdepan risiko menjadi mangsa penjualan tiket haram.
"Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, apatah lagi Sukan SEA, acara yang sangat penting untuk Malaysia. Oleh kerana ia sudah pun berlaku, saya berharap peminat sukan tidak akan menyokong pembelian tiket haram.
"Pastikan pembelian tiket dijalankan menerusi saluran yang betul tetapi saya tidak rasa perkara ini akan mengganggu kemeriahan Sukan SEA," katanya.
Sementara itu, Marina turut bimbang dengan kecederaan yang menimpa beberapa atlet berpotensi menyumbang pingat emas untuk kontinjen negara.
Antara yang mengalami kecederaan ketika ini ialah jaguh angkat berat, Mohd Hafifi Mansor, dan pelumba lebuh raya, Mohd Harrif Salleh, yang menyumbang dua emas dalam Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.
"Saya tidak terlalu bimbang kerana kami ada pasukan yang komited daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk menjaga mereka.
"Bagi atlet lain yang sedang mengikuti latihan, mereka telah diingatkan agar berhati-hati agar tidak mengalami kecederaan," tambahnya.