Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Pengguguran Ayuni, Muslifah merugikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marina-chin-090617.jpg
Chef-de-mission Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin, meluahkan kekecewaan selepas dua penembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Siti Muslifah Zulkifli, digugurkan daripada kem menembak negara.

Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mendakwa Ayuni dan Muslifah digugurkan kerana masalah disiplin sejak digugurkan daripada menyertai Program Podium pada Februari lalu.

Bagi Marina, isu pengguguran tersebut boleh menjejaskan moral atlet-atlet serta pegawai-pegawai negara yang berkemungkinan terganggu dengan isu yang melibatkan perundangan.

“Kami cuba wujudkan suasana yang membolehkan atlet untuk sentiasa fokus.

“Semua atlet negara telah diterapkan dengan mentaliti yang sentiasa positif dalam menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk memberikan bantuan bagi mana-mana atlet yang menghadapi masalah.

“Kadang-kala perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan dan memang tanggungjawab kami untuk membantu atlet-atlet,” ujar Shapawi.

Pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, berharap kedua-dua atlet yang digugurkan itu memandang isu yang berlaku dari sudut positif.

“Pada saya, Ayuni dan Muslifah tidak perlu terburu-buru, sebaliknya menjadikan keputusan ini sebagai medan untuk bangkit dan beraksi lebih baik serta mempersiapkan diri menjelang Sukan Asia atau Sukan Komanwel yang akan berlangsung tidak lama lagi,” kata Faithal.

“Mereka perlu bekerja keras atau karier mereka bakal berakhir,” ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video