Sukan olahraga kembali menjadi bualan peminat sukan di Malaysia susulan kejayaan merangkul lapan pingat emas dalam temasya KL2017.
Lebih manis, kontinjen negara kembali menguasai acara riben biru 100m menerusi Khairul Hafiz Jantan, sekaligus menamatkan penantian selama 14 tahun untuk Malaysia melahirkan produk lelaki terpantas rantau ini.
Selepas suram dengan hanya tiga emas dalam edisi ke-28 di Singapura 2015, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjayakan Program Kita Juara.
Hasilnya, Khairul Hafiz, Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar), Nauraj Singh (lompat tinggi), Hakimi Ismail (lompat kijang), Irfan Shamshuddin (lempar cakera), Jackie Wong (baling tukul besi), Grace Wong (baling tukul besi) dan Elena Goh (10,000km jalan kaki) adalah antara penyumbang emas bagi merealisasikan impian Malaysia untuk bergelar juara keseluruhan.
Chef-de-mission (CDM) negara, Datuk Marina Chin, turut berpuas hati dengan perkembangan semasa olahraga berikutan kejayaan melepasi jangkaan sasaran awal enam emas.
"Olahraga memberi kita harapan untuk masa depan. Bagi saya, kita ada masa depan cerah apabila kebanyakan pemenang pingat berada dalam usia muda.
"Pihak MSN bersama saya telah mengadakan bengkel bersama persatuan kebangsaan dan mereka memberitahu sasaran mereka.
"Kami mengadakan soal jawab, kalau mereka kata lima pingat, kami akan tanya mengapa lima. Dengan cara itu, kami mendapat sasaran 111 pingat, Julai lalu.
"Semasa berjumpa atlet selama setahun 10 bulan, saya selalu mengingatkan mereka untuk membuat sebaik mungkin.
"Walaupun ada yang tidak meraih pingat, mereka berjaya melakar catatan peribadi terbaik. Hampir semua sukan melakar kejayaan," katanya.
Kredit imej: MASOC Media
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.