KL2017

Sukan SEA: MOM minta persatuan beri kerjasama

Penulis Jemputan 06/06/2017 | 12:10 MYT
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, berharap setiap persatuan dapat menghantar senarai nama atlet Sukan SEA 2017 minggu hadapan
sebelum dimuktamadkan pada 30 Jun ini.
Sebanyak 304 nama atlet daripada 14 sukan --163 lelaki dan 141 wanita -- telah dikemukakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA, hari ini.
Bagaimanapun, masih ada beberapa sukan seperti badminton, gimnastik, terjun dan renang yang belum mengemukakan senarai awal atlet mereka kerana ada yang masih terikat dengan kejohanan di mana persatuan ingin membuat penilaian terakhir.
"Buat masa ini, saya yakin bahawa atlet Malaysia sudah berada di peringkat 90 peratus bersedia dan terdapat penilaian terakhir yang bakal diambil untuk memilih yang terbaik beraksi pada Ogos nanti," kata Tunku Imran.
Turut ditekankan adalah atlet yang berkemungkinan berdepan kecederaan selepas disenaraikan dan perlu digantikan dengan atlet yang juga berada dalam senarai awal persatuan dan tidak boleh ditukar sembarangan.
"Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil jika terdapat atlet yang tidak dapat beraksi dan memiliki alasan yang kukuh untuk digantikan dengan atlet lain."
#Malaysia #KL2017
;