Malaysia dijangka tidak berdepan masalah venue tidak siap untuk Sukan SEA bulan depan dengan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, mengesahkan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan diserahkan kepada penganjur, esok.
Perkembangan itu pasti melegakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dengan venue terbabit akan menganjurkan lapan jenis sukan, iaitu tinju, lawan pedang, gimnastik, hoki dalam dewan, muay thai, ping pong, bola tampar dan angkat berat.
Ia menepati jadual asal, sekali gus membuka peluang untuk persatuan sukan kebangsaan mengadakan perlawanan ujian dalam masa terdekat.
"Kami di MOM yakin venue dapat disediakan sebelum Sukan SEA bermula. Hanya beberapa perkara daripada aspek teknikal yang diperlu disiapkan," kata Beng Choo.
Kejayaan menyiapkan MITEC bermakna hanya tiga lagi venue yang perlu disiapkan di sekitar Lembah Klang.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dijangka melawat MITEC esok sebelum kontraktor menyerahkan venue tersebut kepada kementeriannya.