Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengesahkan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan diserahkan kepada penganjur pada 8 Ogos ini sempena kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke venue Sukan SEA Kuala Lumpur itu.
MITEC, yang dibina pada 2012 merupakan venue kedua terbesar bagi Sukan SEA bulan ini selepas KL Sports City di Bukit Jalil yang bakal menganjurkan lapan jenis sukan, iaitu tinju, lawan pedang, gimnastik, hoki dalam dewan, muay thai, ping pong, bola tampar dan angkat berat.
Selain itu, MITEC juga menempatkan Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) sepanjang temasya itu berlangsung.
"Seperti mana media lihat hari ini, MITEC yang menjadi venue kepada lapan jenis sukan semakin hampir selesai, tempat duduk penonton semua sudah tersedia, begitu juga dengan gelanggang pertandingan, sudah bersedia.
"Saya jangka MITEC akan selesai sepenuhnya 8 Ogos ini apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri," kata Khairy ketika bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengadakan lawatan ke MITEC, hari ini.
Selain MITEC, tiga lagi venue yang belum diserahkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur (MASOC), iaitu Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Empire City di Damansara dan Stadium Shah Alam.