Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Misi wajib menang buat Singapura

anak-anak-fandi-ahmad-150817.jpg
Skuad bola sepak Singapura menjadikan perlawanan bertemu Malaysia sebagai misi wajib menang selepas tewas 2-0 kepada Myanmar dalam aksi pertama Kumpulan A, semalam.

Amaran itu telah disuarakan oleh Irfan dan Ikhsan Fandi yang merupakan anak kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.

"Sudah tentu ia adalah perlawanan yang sukar, namun saya percaya pemain-pemain sudah bersedia," kata Irfan.

"Kami menyedari bahawa Malaysia adalah pasukan yang mantap dan telah membuat persiapan yang rapi.

"Skuad Singapura sudah bersedia dan kami datang untuk bersaing, itulah yang kami akan lakukan," kata Ikhsan.

"Ia perlawanan yang getir dan ayah saya akan hadir untuk memberikan sokongan."

Selain mahu menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir, Singapura juga pasti mahu melunas dendam kekalahan 3-1 kepada Malaysia dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Dubai, Mac lalu.

Advertisement

Must Watch Video