Pemangku Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Kau Git Kaur, menyasarkan dua pingat emas melalui atlet lelaki dan satu daripada atlet wanita dalam Sukan SEA Filipina 2019.
Git Kaur, bagaimanapun, terkilan tidak dapat mempertahankan pingat emas menerusi skuad gimnastik artistik wanita dalam acara berpasukan dalam temasya dwitahunan itu dari 30 November-11 Disember depan.
Ia berikutan tindakan tuan rumah, Filipina, menggugurkan acara yang menjadi kekuatan Malaysia selain acara berpasukan lelaki yang merangkul pingat perak dalam Sukan SEA dua tahun lalu.
"Bagi Sukan SEA edisi 2019, pihak penganjur telah mengeluarkan beberapa acara kerana mereka tidak memiliki kepakaran dalam beberapa disiplin," katanya.
Menurutnya lagi, badan induk itu yakin dengan kebolehan jurulatih tempatan dan tidak mahu mengambil khidmat jurulatih luar negara.
Git Kaur sudah memiliki perancangan untuk barisan atlet mendapat pendedahan luas di luar negara supaya mereka dapat menonjolkan prestasi cemerlang dalam Sukan SEA Filipina nanti.
"Kami mahu membawa atlet berlatih di Jepun dan menyertai kejohanan antarabangsa sebagai pemanas badan kepada atlet-atlet yang bakal beraksi dalam Sukan SEA nanti."