KL2017
Sukan SEA: Mei Foong tekad raih emas di Kuala Lumpur
Pemain tengah skuad bola jaring negara, Pow Mei Foong, menegaskan rentak pasukan menjadi keutamaan ketika dia dilabelkan sebagai pemain yang memiliki kelajuan ketara dalam skuad bola jaring negara.
Namun, kelajuan dan gerak tangkas Mei Foong hanya bersifat individu dan hakikatnya dia tetap perlu beraksi mengikut rentak rakan sepasukan yang lain.
Beraksi sebagai satu pasukan, Mei Foong perlu bertoleransi dengan setiap gerakannya di dalam gelanggang setiap kali dalam perlawanan.
Iklan
Dia dilabel sebagai pemain yang memiliki ketangkasan terbaik di posisi tengah, dan kelebihan itu mahu dijadikan sebagai kelebihan untuk dia mengawasi dan merancang pelan mencetus jaringan.
"Saya akan membantu rakan sepasukan lain mengawal permainan dengan tidak bergerak terlalu laju atau terlalu perlahan," kata Mei Foong.
Tegasnya, dia sendiri tidak sabar untuk melunas dendam ekoran kekalahan kepada Singapura dalam final Sukan SEA di Singapura, dua tahun lalu.
Tatkala tirai Sukan SEA Kuala Lumpur akan dibuka kurang 100 hari lagi, Mei Foong bertekad tiada alasan selain emas perlu diraih skuad bola jaring negara.
"Dendam itu tetap ada, jadi kami bekerja keras bukan sahaja menang untuk diri sendiri tetapi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kami mampu meraih pingat emas," tambahnya.
Must-Watch Video