SUKAN LAIN
Sukan SEA: MASOC yakin masalah jerebu negara jiran terkawal
Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) menjanjikan kelainan terhadap tarikan utama upacara perasmian Sukan SEA, iaitu gimik nyalaan obor.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja,afar, berpegang kepada jaminan pihak berkuasa Indonesia bahawa mereka mampu mengawal kebakaran hutan di Acheh, sekaligus mengelakkan jerebu melanda Malaysia ketika Sukan SEA, bulan depan.
MOM sedang memantau situasi jerebu di beberapa wilayah Indonesia, terutama di Acheh.
Iklan
Agensi Mitigasi Bencana Indonesia memberi amaran mengenai peningkatan kebakaran hutan di Acheh lalu menyebabkan wilayah itu mengalami jerebu.
Apa yang melegakan, Indonesia memberi jaminan bahawa Malaysia dan Singapura tidak akan mengalami jerebu kerana langkah drastik sedang diambil bagi memastikan persiapan temasya dwitahunan itu tidak terjejas.
"(Semasa Sukan SEA nanti), kami percaya cuaca akan baik. Kita tidak dapat menjangkakan cuaca," ujar beliau yang ditemui dalam majlis penajaan produk BATA untuk kontinjen negara di Wisma MOM, Kualau Lumpur, hari ini.
Chef-de-mission (CDM) kontinjen Sukan SEA negara, Datuk Marina Chin, turut menyuarakan nada positif terhadap senario jerebu di negara jiran dengan berkata: "Selama ini ketika menganjurkan kejohanan besar di Malaysia, keadaan jerebu tidak pernah berlaku.
"Saya yakin kali ini kita akan mendapat cuaca yang baik semasa Sukan SEA nanti."
Tahun lalu, Malaysia dilanda jerebu sehingga beberapa daerah memasuki tahap tidak sihat.
Jika masalah ini gagal dikawal, ia pasti menjejaskan kemeriahan temasya yang akan membuka tirai secara rasmi, tiga minggu lagi.
Must-Watch Video