Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Malaysia buru kemenangan ke atas Filipina, Myanmar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jurulatih-negara-bola-sepak-wanita-asyraaf-abdullah-140817.jpg
Pengendali skuad bola sepak wanita negara, Asyraaf Abdullah, melihat dua aksi pertama berdepan Filipina dan Myanmar sebagai aksi penting dalam menentukan perjalanan skuad negara dalam kempen Sukan SEA kali ini.

Malaysia dan Filipina akan berentap dalam perlawanan pertama di Stadium UiTM, Shah Alam, malam esok.

Dua aksi awal negara perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana tugas getir menanti selepas itu apabila perlu berdepan Thailand serta Vietnam.

"Kita nampak telah bersedia dan dua perlawanan awal bakal menjadi penentu.

"Sekiranya kita pungut mata dalam dua perlawanan awal ini menentang Filipina dan Myanmar, harapan untuk meraih pingat gangsa akan lebih cerah.

"Kami tidak boleh tercicir mata kerana selepas itu, kami akan bertemu Thailand dan Vietnam," jelas Asyraaf.

Advertisement

Must Watch Video