Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Latihan enam bulan bantu Navin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

15817anavin.jpg
Atlet taekwando negara, A. Navin, menyifatkan latihan enam bulan di Korea Selatan yang dilaluinya sebelum beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memberikan keyakinan untuknya memburu pingat buat kontinjen negara.

Atlet berusia 20 tahun itu akan beraksi dalam acara kyorugi dalam kategori fin weight bawah 54 kilogram dan sedar cabaran sukar yang menantinya.

Namun, Navin mengakui menerima pendedahan berharga selepas berlatih selama enam bulan di Korea Selatan bersama skuad taekwondo kebangsaan di bawah kendalian Kim Hong-gon.

Atlet kelahiran Banting, Selangor itu turut berjaya mara ke peringkat 32 terakhir dalam Kejohanan Dunia yang turut berlangsung pada Jun lalu.

"Selepas berlatih di Korea, ia membenarkan saya untuk membuat persiapan yang rapi daripada segi mental dan fizikal," katanya. 

Dalam masa sama, Navin sedar dia perlu menjelmakan aksi terbaik seandainya bertemu atlet Indonesia, Reinaldy Atmanegara, yang merupakan pemenang emas kategori bawah 54 kilogram ketika temasya dua tahun lalu di Singapura.

 

Advertisement

Must Watch Video