Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Larian Obor KL2017 hampiri garisan penamat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

larian-obor-110817.jpg
Sambutan meriah di Putrajaya memberi petanda baik menjelang hari terakhir Larian Obor KL2017 yang dijadualkan berlangsung di KL Sports City, Bukit Jalil, esok.

Berbaki lapan hari sahaja lagi menuju ke upacara pembukaan Sukan SEA Ke-29, Larian Obor KL2017 semakin menuju ke garisan penamatnya.

Ia dibawa ke Putrajaya hari ini dengan tumpuan sudah pasti menaiki belon udara panas di Dataran Gemilang.

Permulaan larian kemudian akan disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, di Dataran Gemilang, tepat jam 7.30 pagi.

Ia kemudian melalui beberapa kawasan sekitar Putrajaya, antaranya Masjid Putra dan Istana Kehakiman menuju ke penamat di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Tinggal lapan hari sahaja lagi untuk upacara pembukaan Sukan SEA dan masa berlalu dengan cepat. 

"Kita ada semua jawatankuasa yang sedang bergerak dalam melaksanakan persediaan terbaik untuk memastikan kita dapat menganjurkan Sukan SEA edisi ke-29 ini sebagai yang terbaik," ujar Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

Advertisement

Must Watch Video