SUKAN LAIN
Sukan SEA: Langkah penjadualan semula tidak jejas kehangatan temasya
Kurang daripada 50 peratus jenis sukan menghadapi perubahan dalam penjadualan semula Sukan SEA selepas Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) mengumumkan pindaan rasmi mengenainya.
Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi temasya dwi-tahunan itu dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Keputusan yang dibuat MASOC itu berdasarkan kajian yang mendalam di samping ingin memberi kelebihan buat Malaysia selaku tuan rumah.
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, mengumumkan 17 jenis sukan membabitkan 25 acara mengalami perubahan terhadap penjadualan semula itu.
Antaranya membabitkan sukan terjun, badminton, berbasikal trek, bola jaring serta luncur ais.
Bagaimanapun, perubahan itu tidak banyak menjejaskan acara yang menawarkan pingat kerana terdapat acara di kalangan penjadualan semula membabitkan pusingan awal.
"Ada hari-hari pertandingan yang tidak melibatkan apa-apa perubahan.
"Dalam tempoh 18 hari pertandingan, penjadualan semula Sukan SEA akan melibatkan 14 hari," katanya.
Perubahan jadual itu juga tidak banyak mengubah pungutan pingat harian dengan jumlah pingat yang terbanyak dipertandingkan adalah pada 29 Ogos, iaitu 61 emas.
Must-Watch Video