SUKAN LAIN

Sukan SEA: KOM fokus persiapan atlet buru emas di Kemboja

Ammar Hakim 15/03/2023 | 10:09 MYT
Pengurus besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Nurhayati Karim, pula tidak mahu mengulas lanjut dakwaan Irfan Shamsuddin berkenaan sasaran 10 pingat emas tidak jelas daripada badan induk itu.
Namun bertegas pihaknya sudah memberikan yang terbaik untuk semua atlet mempersiapkan diri menjelang Sukan SEA yang akan berlangsung Mei ini.
"Semua program yang dihantar ke luar negara adalah mereka yang bakal beraksi di Sukan SEA," kata Nurhayati.
Tegasnya lagi, sasaran yang diletakkan oleh KOM bergantung kepada penilaian jawatankuasa kejurulatihan yang diketuai Datuk Mark William.
Dalam masa sama, kesukaran yang dilalui atlet lompat berpagar Nor Sarah Adi akan berlalu dalam masa terdekat apabila Nurhayati mengesahkan kehadiran jurulatih, Roslinda Samsu paling lewat bulan depan.
"Dalam penstrukturan semula jurulatih, terdapat proses yang perlu diambil dan kami percaya dengan bantuan pihak Majlis Sukan Negara, Roslinda dapat berkhidmat dengan kadar segera bagi mengendalikan atlet yang terlibat."
;