Jurulatih bola sepak skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee, menyifatkan pasukannya memiliki kualiti yang diperlukan untuk meraih pingat emas dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Dia yakin pemain-pemain yang dipilih mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan, namun menolak untuk membandingkan skuad terkini dengan barisan yang dibawa ke Singapura, dua tahun lalu.
Bagi Kim Swee, laungan semangat itu bukan sekadar angan-angan kosong kerana kebolehan anak-anak buahnya telah dibuktikan dalam aksi kelayakan Kejohanan Piala Asia B-23 tahun di Bangkok 15-23 Julai lalu apabila mengesahkan tempat ke pusingan akhir tahun depan.
"Saya tidak mahu membuat perbandingan walaupun saya tahu kualiti berbeza di antara kedua-dua pasukan. Yang penting, mereka mesti mencapai keputusan.
"Saya tidak boleh mengatakan pasukan ini lebih baik daripada dua tahun lepas kerana kejohanan masih belum bermula.
"Tetapi, daripada apa yang saya lihat, kita mempunyai kualiti yang lebih baik," ujar jurulatih kelahiran Melaka itu.
Bagaimanapun, Kim Swee tidak dapat lari daripada melahirkan kebimbangannya terhadap faktor keletihan pemain-pemain kerana baru sahaja menyelesaikan tugas di pentas Liga Malaysia bersama pasukan kelab dan negeri masing-masing sebelum melaporkan diri ke kem kebangsaan.
"Sudah tentu pemain menghadapi kelesuan dan keletihan kerana sebahagian pemain-pemain kita beraksi dalam banyak perlawanan.
"Selepas dua hari menjalani latihan, saya merehatkan Amirul Hisyam Awang Kechik, Ariff Farhan Isa dan Syamer Kutty Abba kerana kami menerima laporan bahawa mereka amat keletihan,” tambahnya.